Entri kali ni aku nak bercakap tentang minat. Tapi bukan minat terhadap manusia atau minat terhadap barangan branded, tapi minat dalam bidang yang kita nak ceburi, nak pelajari laa lebih mudah difahami. Sebenarnya, hasil kajian ada menyatakan bahawa perbuatan seseorang dalam sesuatu bidang yang dia sangat minat adalah lebih produktif berbanding seseorang yang menceburi bidang yang dia lansung tidak berminat tidak kiralah sama ada dia terpaksa atau dipaksa oleh sesiapa untuk terlibat dalam bidang itu.
Pengalaman hidup aku sendiri pun ada kena mengena dengan entri kali ini. Sebenarnya dulu aku sangat berminat nak jadi doktor (malu nak cakap) masa lepas PMR aku pilih aliran sains sebab dah memang nak sangat belajar bio, tapi bila dah lepas SPM, aku tiba rasa tak boleh nak bawak bio tu, aku pun ambik lahh Sains Fizikal pulak kat matrik. Masa belajar kt sekolah fizik laaa sunjek paling aku benci (ampun cikgu husni) tapi bila dah belajar selama setahun baru aku sangat amat minat fizik, maka betol lahh org kata tak kenal maka tak cinta.
Tapi, minat saja tak cukup, kita perlu ada keupayaan nak bawak minat kita tuu. Contoh kat sini, kalo minat gila kat bio tapi exam dapat C ja wtpa kann, so berpatutan laaa. Berbalik kpd crita aku, fizik tuu mmg laa aku suka, tapi ak rasa ak suka belajar jaa dan tak mungkin laa ak yg type mcm ni nak pi jadi Miss Engineer kan. Kita sendiri bleh nilai apa tahap kemampuan kita, dan masa tu aku rasa n ak dah lama rasa yang aku ni jenis yang suka berkhidmat dgn org, jadi waktu nak isi upu tuu, ak letak first choice sekali is Sains Sosial, dan alhamdulillah ak dapat kos Sains Sosial (Hons) kat USM.
Dan nak cita bagi kat adik2 yg mungkin ada masalah yang sama, setelah aku belajar dan berada dalam kelas Sains Sosial ni, masyaAllah tahap keghairahan nak belajar tuu sangat lahh tinggi berbeza daripada kita belajar benda yang terpaksa atau kita tak minat, walaupun benda tu susah tapi kalu kita dah ada perasaan minat, yang susah punn boleh jadi senang tau. Bukan tadak org tanya mcmni ' weh hang dulu matrik tapi awat amik kos sains sosial ne?' haa confirm ah akan ada soalan mcmni, jawab laa ' dah aku minat nak belajar tentang manusia pilih je laa, masuk matrik dapat jimat masa, hehehe'. Ini apa yang aku alami lahh selama 19 tahun hidup kan, lain org lain kisah. dan aku rasa nak share kisah ne untuk tatapan adik2 yang nak buat pilihan hidup. kalo boleh pastikan apa yang hampa nak pilih tuu mmg minat hampa dan tadak langsung pengaruh sapa2. yang nak belajaq diri kita sendiri bukan org lain, yang nak tanggung result elok ke buruk ke diri sendiri bukan mak abah kat rumah. so adik2 renung2kan. :D
kecik-kecik dulu duk main ceni laa, hihi |
p/s : kadang ada jaa yg ikot pilihan org lain dia berjaya, tu rezeki masing2 laa, kita mampu usaha dan doakan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment