Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)
Umumnya, kita sangat mengetahui perbezaan antara bidang sastera dan bidang sains. dua bidang ini masing-masing mempunyai kepentingan, kelebihan serta kekuarangan masing-masing. dan apa yg saya boleh lihat tentang senario zaman sekarang adalah, manusia terutamanya di Malaysia ini, sangat memandang tinggi pada bidang sains dan tak ketinggalan ada juga sesetengah sudut masyarakat yg memandang bidang sastera ini adalah bidang picisan. Siapa kita sebenarnya yang berhak menghakimi setiap bidang yang diceburi melainkan kita sendiri merasai perkara tersebut.
Pernah suatu masa dahulu, aku merupakan salah seorang daripada pelajar jurusan sains tulen. dan apa yang aku pelajari adalah berdasrkan fakta semata-mata. contohnya, ak mempelajari subjek fizik, kimia dan biologi yang kita semua tahu bahawa ketiga-tiga subjek ini adalah subjek kritikal, kononnya. Ya memang ak sebagai salah seorang bekas pelajar sains tulen mengakui kepayahan untuk mempelajari subjek tersebut, dan memang terdapat banyak kepentingan serta manfaat yg boleh kita peroleh daripada belajar subjek ini. dan sesiapa yg berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam aliran sains tulen ini, dia pasti di pandang tinggi. tahniah jika anda salah seorang daripada mereka! :)
Tetapi, apa yang ak nak tekankan di sini adalah, tentang segelintir masyarakat yang sangat membeza-bezakan darjat dan kepentingan bidang sastera dan sains ini. pada pendapat ak, benda seperti ini tak sepatutnya laa. orang kita telah meletakkan satu 'mindset' bahawa pelajar yang mengambil bidang sastera adalah pelajar yang kurang pandai, yang keputusan peperiksaan dia tu cukup makan shja. kemudian, mindset org kita meletakkan pelajar jurusan sains pulaa hebat dan mmg mampu berjaya sehingga ke akhir hayat. dan bila ada di antara anak2 yang lepasan PMR, pasti ibubapa akan sarankan untuk anak mereka menceburi bidang sains shja, kerana mreka memandang rendah pada sastera. walhal, tidakkah anda serta para ibubapa ketahui bahawa bidang sastera juga mempunyai kelebihan tersindiri, malah org sastera perlu berfikir di luar kotak sedangkan org sains akan berfikir berdasarkan fakta yg sudah sedia ada dan logikal.
Apabila sekarang ak telah bertukar kepada aliran sastera, ak dapat hidup dalam kalangan mereka yang cinta akan sastera, ak sangat kagum. kenapa? kerana org sastera sangat hebat dan sama hebat dgn org sains juga! org sastera perlu berfikir tentang sesuatu yg sedang berlaku, dan perkara itu akan sentiasa berlaku atau 'develop' dan mereka harus berfikir di luar kotak. contohnya, mari kita lihat dari sudut ekonomi, ekonomi adalah sesuatu yang sentiasa berkembang, ada turun, ada naiknya, ada untung, dan ada ruginya, jadi ahli sastera harus sentiasa berfikir mengenai perkembangan ekonomi ini seterusnya.
Selain itu, dari sudut sosial, sosial adalah manusia! dan siapa manusia? yaa, bijak kita! dan siapa kita?? kita adalah org yang sentiasa berubah, sentiasa membesar dan sentiasa mempunyai kehendak yg berbeza, jadi dari sudut sosial, tentulah ahli sastera perlu melihat melalui skop yang besar mengenai tingkah laku sosial manusia.
Begitu juga dari sudut politik. yaa mari kita bercakap tentang politik sebentar, sebenarnya tujuan ahli sastera belajar politik bukanlah untuk menindas mana-mana pihak ataupun menggalakkan para pelajar untuk berpolitik tidak sama sekali! tetapi tujuan asalnya ialah untuk melahirkan suatu generasi yg boleh berfikir secara rasional dalam mengendalikan serta menganalisis isu politik dlm negara kita. oleh itu, ahli sastera perlu mempunyai satu tahap pemikiran yg kritis untuk menjangkau sesuatu tahap tersebut.
Malaysia sebenarnya kekurangan semangat untuk memartabatkan bidan sastera dan ilmu kemanusiaan? kenapa? kerana kita tidak dapat melihat kepentingan di sebalik perkara ini. Negara kita sangat kurang dalam memelihara bidang sastera dan falsafah, kerana kita dapat lihat dgn kurangnya Jabatan Falsafah atau Jabatan Satera yg du tubuhkan di setiap universiti tempatan, jumlahnya sangat sedikit. Untuk pengetahuan andam universiti-universiti luar negara seperti Universiti of Oxford, mereka sangat memelihara sudut bidang falsafah, kemanusiaan mereka dgn baik sekali, dan oleh kerana itu mereka dpt menjadi antara yg terbaek.
Di sini, bukanlah ak hendak mengkritik mana-mana pihak, tetapi ak ingin mengubah landasan pemikiran kita yang hanya mengikut apa yang sudah terjadi, dan kita tidak pernah ada daya usaha untuk mempelopori sesuatu bidang baru. jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, sekiranya ada tujuan, ada matlamat dan juga minat, semua perkara yang di hajati pasti berlaku.
Akhir kata, marilah kita bersama memartabatkan kedua-dua bidang iaitu bidang sains dan bidang sastera ini supaya kita dapat mencapai kestabilan yg optimum dalam mencapai kejayaan di masa hadapan.
Kepada rakan-rakan yg berjuang dalam bidang sains, tahniah dan mari kita berusaha lagi untuk menyelidik, mencipta sesuatu yg baru yg berguna untuk masa hadapan.
Kepada rakan-rakan yg di jalan sastera, mari lah kita juga berusaha dalam mencapai kestabilan ekonomi, politik dan sosial di negara kita, Malaysia. Malaysia sangat memerlukan kita generasi muda untuk menyambung kejayaan negara kita kelak.
#hehe sekian esei bm saya pada hari ini. salah dan silap harap di maafi. cikgu bm, ada kesalahan ayat dk kat sini? hee maklumlaa baru lepas ujian bm pagi tadii, terbawak-bawak :D
1 comment:
assalam. thanks sebab bagi esei yang panjang2 ni. akak buka mata saya untuk pilih bidang yang saya nak dekat universiti nanti thanks thanks
Post a Comment