11/29/2012

TaHa U

Assalamualaikum kawan-kawan.
Apa habaq semua hari ni? Amboihh ceria naa semua. Alhamdulillah :)
Sedang meng-update blog dalam suasana hujan renyai di luar sana, sejukk. Semua tempat boleh kata nak hujan laa ni, musim dia kot. Ok, sekadar intro.

Kali ni, meh nak cerita pasal program TaHa U yang dianjurkan oleh Sekreteriat Sukarelawan USM. Program apakah ini? Ok, secara dasarnya program ni bertujuan untuk membantu pihak Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji Malaysia yang pergi menunaikan haji pada tahun ini.

So buat julung kalinya, Sukarelawan USM dipanggil untuk membantu. So untuk Fasa II ni, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk berkhidmat dekat jemaah haji yang baru pulang ni. Masa Fasa I hari tu aku tak berkesempatan sbb dah penuh, so kali ni dapat jugak. hehehe. Yang trip kali ni aku pi untuk 3 hari, dan salah satu hari tu adalah pada hari abah tersayang pulang ke tanah air. Dapat lah buat surprise kat abah dgn cik own depan pintu flight tuu. hihi..

Tugas kami untuk Fasa II ni adalah sambut jemaah depan pintu, tolong angkat beg jemaah, tolong tolak wheelchair bagi jemaah yang uzur, tolong tunjuk jalan, tolong cari bagasi jemaah, tolak troli, edar ayaq zam zam dan last skali sampai ke keluarga masing-masing. So roughly itu lahh flow dia, Tugas aku adalah tolak wheelchair jemaah uzur, and pada hari abah balik tu aku jadi runner jaa, org paling kalut lari sana-sini. Fuhh fuhhhh..

Perasaan : okay perasaan bila kita ni jadi antara org yg terawal pi salam jemaah haji, sambut depa. ofcoz laa terharu dan rasa bertuah sgt, sbb org tua-tua kata org baru balik Mekah ni banyak berkat, so kita ambik laa berkat depa sorang sikit. Tapi perasaan sedih, sebak tahan nak nangis pun ada jgak bila kita tengok Hajjah dan Haji yang tua dan uzur tapi still kuat nak buat haji, ziarah Tanah Suci, satu perasaan yang sgt sukar nak gambarkan mmg akan ada.

Sungguh tak tipu, pengalaman aku sendiri, bila kena tolak wheelchair utk Haji dan Hajjah yang uzur, bila tengok semangat depa, terus rasa terharu, Pastu masa dekat nak ambik bagasi, ada sorg Haji tu, dia dgn bertongkat dok cari bagasi dia dlm byk2 tuu. Aku ni jenis hati lembut sikit, tambah2 tgk warga emas mcmtu, lg laa tak tahan. then aku terus pi kat pakcik tu suruh dia dok tepi dulu biaq aku yg tolong cari beg dia. Kalau boleh tengok semua jemaah yang warga emas, semua aku nak tolong cari beg depa, tp apa daya kudrat takat apa yg mampu jaa. Ada sorg Haji tu, beg dia hilang tak jumpa, aku plak yg risau lebih. tak boleh nak tgk muka dia, serius kesian, aku dah tlg cari, tanya habis semua pkerja tp tadaka jgak. Last skali Haji tu hilang and tak taw laa beg dia jumpa ke tak. Boleh bayang dak ?? huuu sedihhhh plak bila igt balik..

Pastu, ada yang roommate cerita, dia ternampak bagasi jemaah yang meninggal kat sana. Ada tulis tag Allahyarham si polan... Hampa boleh bayang dak apa perasaan family dia kalo hanya beg saja yang sampai kat rumah nt? Ya Allahm beratnyaa perasaan tuu. Tapi tu lah yang family jemaah tu rasa. Dah tertulis untuk dia meninggal kat Tanah Suci, jd family allahyarham kena laa reda. Nasib baik, aku tak nampak sendiri tag tu, kalo tak mesti dah nangis kt situ jugak.

Perasaan ni actually bukan aku sorang ja taw yang rasa, semua kawan2 yang join pun aku tengok masa depa sambut depan pintu flight tu semua muka dok tahan nak nangis jaa. :')
Banyak lg pengalaman lain yang dapat, kena marah dgn pegawai, kena tegur, kena berlari sana sini dalam airport yang besaq tuu.. tapi tu semua pengalaman yang memang tak ada kat mana-mana..

Ni sikit gambar time aku jadi runner tuu :

geng-geng usop wheelchaaaa





penyambut tetamu MAS

abah dahh sampaii
cikown ada kat belakang tu. hihi
selamat kembali ke tanah air :)
asslamualaikum haji hajjah :)
rehat and dengaq taklimat
abah dah sampai dok bg ceramah kat sapa tah.hihi

US!
dah nak balik :)
semua happy! time ni dekat kompleks tabung haji, pi makan hihi
Taun depan kami nk lagiiii
 Okay, byk nyaa gambar.hihi.
Sedikit tentang pengalaman program TaHa U untuk dikongsi dgn hampa semua. TQ kerana membaca!

6 comments:

Nurhanis Zamshah said...

thanks for sharing eka.:') subhanallah. i wish i could have this experience too.

miss zulaikha said...

:) Kalau kita nak buat baik, Allah selalu tolong :) kann

Nurhanis Zamshah said...

insyaAllah. :)

muni said...

whuaa syioknyaa, nak jugak merasa!

miss zulaikha said...

hehee mme syokk! :D

Sayuta Intra said...

Zulaikha, saya nak tanya awak pasal homestay relau. Boleh misscall atau msg saya tak: 019-4797496. TQ in advance:)