12/31/2012

End of 2012

Assalamualaikum. 
*sambil cuci-cuci sawang+habuk+debu+sampah sarap kat belog ala-ala dara pingitan*

Seperti yang semua maklum, tahun 2012 bakal ke penghujungnya. Oleh itu, cik eka pun inginlah menggunakan peluang untuk meng-update pos yang terakhir dalam tahun 2012 ini. Setiap orang ada kisah suka duka pahit manis asam garam kehidupan sepanjang 2012 ni kann, jadi ini adalah apa yang terjadi dalam tahun ini yang antara menjadi highlight utama cik eka. hikss.

1) Canon EOS1000D

Alhamdulillah, alhamdulilah cik eka dapat kamegha diselar (DSLR) ni as a birthday present from my beloved brother, thanks sebab bagi peluang nak bagi org rasa ada benda mewah ni abang :)
Masih daku ingat mesej yang dihantar oleh abang malam tu, abg cakap 

"abg tak mampu nak bagi benda mahal-mahal, ni antara usaha abg nak bagi kamu rasa secebis kasih syg mcm yang orang lain dapat. jangan rasa kekurangan sedikit pun kalau kita tak dapat apa yang org lain dapat...."



Thankyouuuu byk3 untuk abg sebab bg kita rasa untuk memiliki benda ni :) You have done a lot for me.

2) ConVex 2012

Convex adalah antara event terbesar USM, iaitu Ekspo Konvokesyen yang setiap tahun diadakan. And beruntungnya cik eka sebab setelah menjalani temuduga dan akhirnya dapat juga menjadi salah seorang sekreteriat convex ni. Pengalaman dan penat lelah yang dapat toksah ceghita lah, mmg sgt bernilai dan takan dilupakan. Thanks utk kawan2 seperjuangan jabatan pameran convex yang lain. Semoga kita jumpa lagi tahun depan! :D

Family of Jabatan Pameran ConVex'12

3) Keluarga Bahagia

Tahun 2012 ni jugak cik eka telah dilantik sebagai Majlis Tertinggi Sekreteriat Sukarelawan USM! And banyak gila program yang ad-hoc yang membuatkan daku selalu berpegang pada tema "Bersedia untuk Tidak Bersedia"
Tapi seriusly semua program yang aku join adalah sangat bermanfaat untuk diri sendiri.
Antara program yang join under sekreteriat ni ialah is:
  • Program Taha@U (bantu jemaah haji yang baru balik Malaysia kat airport Penang)
  • Program perasmian opis sukarelawan dgn Menteri (ktorg ada opis sendiri ok.feeling sgt!)
  • Program Kutipan derma dan solat hajat Palestine (program adhoc 3 hari ja gerak kerja)
  • Program bbq (cik eka jd makcik kantin dok goreng sosej, fries dan sbgnya)
  • Pertandingan bola jaring (esok nak main, harini baru tahu and tk praktis lgsg, tetap kalah. haha)
  • Program makan malam kat tabung haji (first time makan rmai2 dlm dulang :') nasik arab sgt sedap)
  • Kira2 duit kutipan derma yang beribu smpai tak tidur satu malam kt opis
  • Program setiap kali lepas meeting pergi makan ask me burger yang gila sedap (ini prgrm sendiri) :D
  • Program Jelajah janji ditepati, kena bukak booth (adhoc jugak, tido 4/5 pg)
Ini semua yang aku ingat laaa, yang tak ingat tu byk la jugakk. malas nak list byk2 jpg org ckp pulun. hewhew.
Portrait of Keluarga Bahagia

4) Running Man!

Start tahun 2012 lahh baru cik eka feeling betul2 layan Running Man. hehe padahal org lain dah lama layan. Dulu first time dengaq perihal RM ni dari cousin, dia mmg hantu gila time tu masa balik kampung. Pastu bila dah start tengok, and ada sumber nak dpt tu yang start layan. 
And RM really made my day! haha sehari tk tengok mmg tak boleh! Inilah yang dikatakan sebagai lara dunia. Okay mmg sedar diri, tp selagi tak melalaikan, selagai tak menyebabkan maksiat rasanya tak salah kot kannn? hu hu do correct me if i wrong..

RM Family yg selalu buat perut nak pecah
Gary oppa, ni yang paling cik eka suka, he with Ji hyo is a very cute couple ok.
5) Surprise untuk Hanis

Eh, eh awat ini menjadi highlight utama? hoho. taklah sebab rasa mcm benda ni sweet gila yang antara pernah cik eka lakukan bersama dengan girlfriends. hewhew. Me, epah and anim just plan benda ni dlm kereta okay, kami soksek soksek *berbisik* jaa dlm kereta yang dipandu oleh Hanis, hehe gila tak sebab dia langsung tak sedaq! :D

Kami hanya beli cupcakes yang sgt comel, dan walaupun nampak simple but it is so comel okay uolsss! :D 
I miss them already!

Oh ya i got this from Hanis's belog
6) Photo of the Year

Haha, retiss sangat nak main photo of the year bagai. So here I announce this is my photo of the year

Photographer : Nurhanis
Model : ofcoz me, Zulaikha Hazir
Model kedua : Aqilah
Venue : Opposite my old school - SKUB
Make-up: Natural Beauty


Hahaa bajetsss sangattt. Terserlah muka itik, lobang hidung iolss, hahaa. Iolss mintak maap jika ini membuat anda mual nak muntah. zasssssssssssssss~

So, above all ini adalah antara highlight event 2012 yang berlaku, actually byk lagi yang berlaku, banyak sangat, saja malas nak recall. Tak semua benda manis kita tempuhi. Apapun, teruskan hidup untuk mencari keredaanNya! :)

Assalamualaikum, Happy New Year and thanks for reading!
Hello, 2013. Pleasee be nice!

2 comments:

Nurhanis Zamshah said...

ekaaaaaaaaa, aaa sweeettt benorr moment dlm tahun 2012 dia ea. hehe.
semoga 2013 bawak lagi banyak kenangan indah :) rndu eka!

miss zulaikha said...

Aaaaa! Thanks awak! :)
miss you more darling.