1/07/2014

Losing You


Dunia mengajar manusia erti kehilangan.
Kita semua akan mengalami kehilangan.
Kuatkah kita untuk itu?

Apa yang dihadapan masih di luar jangkaan.
Kau dan aku,
kehilangan itu sudah pasti.

Mari sediakan diri untuk kehilangan.
Bila tiba saat hilang, 
tiada manusia mampu merubah.

Aku redha atas segala yang telah hilang,
kerana aku sedar,
yang aku punya semua ini sudah yang pasti
bukan milik aku yang abadi.
Aku hanya di pinjamkan.
Jangan hingga bila kita alpa bahawa dunia sekadar pinjaman,
baru kita mencari-cari kekuatan untuk hadapi kehilangan.

Aku mula redha.
Aku cuba terima apa yang sudah tertulis.
Kerna aku pasti, cerita Dia untuk aku
Adalah cerita paling baik yang diberi.

Alhamdulillah, di setiap segala sesuatu kehilangan.
Alhamdulillah, di setiap segala sesuatu pemberian.

Terima, walau kehilangan.



missyouu mummy.

No comments: