5/12/2012

Ratu Hatiku


RATU HATIKU

untuk dia yang mewujudkan aku ke dunia ini
untuk dia yang mengandungkan aku 
untuk dia yang bertarung nyawa untuk melahirkan aku
untuk dia yang bertungkus lumus demi membesarkan aku
untuk dia yang bersusah payah membuat aku rasa disayangi
untuk dia yang mencurahkan segala demi membahagiakan aku

untuk dia yang telah pergi meninggalkan aku buat selamanya
untuk dia yang tak pernah lekang diingatan
yang sentiasa bertakhta di hati ini
yang menjadikan aku siapa aku pada saat ini
yang,
hanya bisa ditanggung hati ibu..
terima kasih untuk segalanya
tulus cintamu tak mampu aku balas.

Ya Allah, 
semoga engkau menyayangi ibu aku sepertimana dia pernah
menyayangi aku 
semoga Engkau memelihara dia sepertimana dia pernah
memelihara aku 
semoga ibu yang melahirkan aku dicucuri rahmatMu.
semoga tenang dia disana.

hanya kiriman doa yang aku mampu pada tika ini

rindunya kat umi :'(

#AlFatihah untuk Puan Zuraini binti Ahmad 
(1965-2007)


3 comments:

Anonymous said...

be tough kakeka . i know u r strong ! <3. syahirah aqilah :')

miss zulaikha said...

thanks dear :)
insyaAllah i will

nurhaniszamshah said...

al-fatihah. :')