9/30/2012

Mereka Yang Istimewa



Terjumpa adik ini di sebuah program di Batu Maung. Suci wajah dia :')

Yang istimewa, mereka istimewa bukan kerana apa yang mereka tiada, tetapi istimewa mereka kerana apa yang mereka punya tetapi manusia lain tak punya. Jangan disisih kehadiran mereka, kerana kelahiran mereka di dunia adalah anugerah Allah supaya manusia tidak lalai dengan apa yang dimiliki.


Kerana mereka ada di dalam dunia mereka sendiri janganlah kita mengasingkan kehadiran mereka di dalam hidup kita. Jangan juga kita menyangkal kewujudan mereka kerana mereka juga punya perasaan. Mereka juga layak berkecil hati sekiranya mereka dibenci, mereka dipulaukan, mereka menjadi penyebab kepada masalah orang. Jika mereka bisa membuat pilihan pasti mereka tidak mahu dipilih untuk dilahirkan seperti itu. 

Aku cuma kadang-kadang berkecil hati dengan sesetengah mereka di luar sana yang umpama tidak mengerti kehadiran mereka. Dijadikan alasan untuk menjauhkkan diri kerana takut untuk mendekati insan seperti ini. Allah, masih juga ada insan seperti ini, sedangkan Allah jua yang mencipta mereka ini sama seperti Allah mencipta kita. 

Pernah aku terjaga di tengah malam, dan aku dapat melihat linangan airmata di pipi adikku ini sewaktu dia sedang lena. Ya Allah, ingin sekali aku ambil semua kesedihan yang dia tanggung dan memberi semua kegembiraam aku kepadanya. Janganlah Engkau libatkan adikku ini di dalam kesedihan sedangkan dia tidak mengerti apa-apa.



Kebahagiaan adik akan kaklong pastikan, sayang :')

2 comments:

Nurhanis Zamshah said...

pandai adik hakim posing! hehehe

miss zulaikha said...

jenuhh jugak nak dpt ni, berapa shoot.hihii