1/07/2014

7 Sebab Kenapa Kehilangan Kawan Bila Dah Masuk 20 Tahun

Hello world!

Terjumpa satu artikel yang menarik kat facebook, then dapat idea nak buat review sikit-sikit... gituuu y'alls!! Sebenarnya cuma tertarik dengan tajuk dia jaa "7 Reasons Why You Lose So Many Friends In Your 20s"....
Sebabnya kawan adalah yang paling dekat dengan kita.. yang paling perlu ada dalam hidup kita. Hmmm ada ke orang yang xda kawan?? Serius ke ada? Kalau ada sila komen kat bawah and let us make friends dude..!

Jadi betul, dalam kita nak hidup ni, berkawan itu penting, sebab kawan-kawan la yang akan tolong kita di saat kita susah selain daripada family members.. Kawan jugak yang ada untuk kita luangkan masa, kongsi suka duka sama-sama.. Kann? Hampa semua mcmni jugak kann?? Ke hampa tak kongsi suka duka dengan sesiapa punn?? Ishh ishh, namo namo don't get selfish and lonely ok dude. Life is full of happiness, get some bonding between people. Its priceless :)

Boleh tak bayang hidup tanpa kawan? Even kat tadika, adalah pengalaman pertama kita "make friends".. Ingat lagi tak kawan pertama korang masa kat tadika? Kite tak ingat laaa T__T

So jangan hilang kawan! Mari kita tengok kenapa bila kita semakin besar kita tend untuk hilang kawan.. Hey MARILAHHH...!

1. Sebab manusia berubah...

Yes. Manusia memang berubah. Segalanya berubah, dari segi fizikal hinggalah mental.. Bila semakin kita membesar, kita hadap macam-macam bentuk pengalaman dan dugaan yang membuatkan kita terpaksa ubah diri kita.. Jadi bila kita mengalami perubahan, mulalah kita merubah hubungan kita dengan orang-orang dalam hidup.. Dulu kita suka kawan dengan dia, but then bila dah besar sikit kita jadi tak suka kawan dengan dia, sebabnya expectation kita kat dia jugak berubah... Sungguh ka y'alls? Hampa setuju tak??


2. Sebab manusia berpindah-randah

Sebab utama kat sini bukan nak kata kita ni masyarakat nomad yang mengamalkan kehidupan berpindah randah, tapi dia nak cakap kat sini bila kita dah besar sikit kita mula untuk keluar dari kepompong.. Yang paling relevan sekali bila kita sambung belajar lah.. Ada kawan-kawan yang sambung study luar negara, ada yang masih dalam negara tapi kat negeri lain-lain.. Jadi dia nak cakap yang jarak telah memisahkan kita... Ohhhh.... Contoh mcm aku laa, geprens sorg dok Melaka, sorg dok Shah Alam, sorg dok Jitra and aku terlepas mai Penang. Tapi tak bermaksud kami kena putuskan hubungan.. Kan kawan?? hihi..



Kawan, yang bila hadirnya sangat bermakna dan bila tiada hati tetap bersama.


3. Sebab bergaduh lama-lama

Haa yang ni sangat tak patut.. Kalau dah bergaduh tuu cepat-cepat laa berbaik semula. Kan dalam Islam pun dah kata, kalau nak bermasam muka pun dalam mana-mana perhubungan paling lama ialah 3 hari dan jangan lebih.. So jangan lah lebih.. Tak kemana pun ego tinggi2 tu yang hampa gaduh sampai takmaw baik balik.. Kan tak molek tuu gaduh lama-lama.. Belajarlah untuk meminta maaf dan memaafkan, sebab itu yang paling mulia.. Ikut sunnah :) So kalau ada yang tengah bergaduh masam muka tu, make sure lepas baca ni cepat2 pi mintak maaf okay??? Sayang kawan kita ketat-ketat. Namo laa marah lama2, nanti sapa nak teman gi makan... hehe

4. Sebab dah taknak kerja gila sama-sama..no fun huh?

Okay point ni dia nak kata yang dulu hubungan kita dengan kawan tu kita dok enjoy sama-sama, 'cucuk-cucuk bintang' tiap2 malam, tapi sekarang tak dah... Maksudnya peranan kita sebagai geng buat jahat sama-sama dah hilang sebab sekarang kita dah besaq dan xmaw buat benda-benda cmtu.. Tapi betol laa jugak, takan kalau buat jahat selamanya nak buat jahat.. Kannn.. Takan dulu masa form4 dok ponteng kelas Kimia cikgu Zainab sebab lari pi surau dok tengok video Gelimat, takan nak ulang benda yang sama bila dah umoq 20 ni kan?? Ehh ehh tapi kalau diberi peluang sekali lagi aku nakk! Gilaaa tak rindu zaman dok ponteng kelas dulu kat sekolah Derma... hahaha...


5. Sebab kita ada jadual yang berbeza

Point kat sini nak kata yang bila kita dah besaq jadual kehidupan harian kita dah tak sama.. sebabnya bila hang cuti aku kena pi kelas, bila hang kena pi kelas aku dok melangut kat rumah taktaw nak buat apaaa. Point dia lebih kurang sama cmtu laaa.. Bila dah jadual kita tak sama, masa nak diluangkan bersama pun dah kurang, jadi hubungan kawan tu terputus ditengah jalan laa. Laaaa yakaaa? Jangan laaa y'alls..



Kawan yang hubungan kita dah macam keluarga.


6. Sebab kawan kita ada boyfriend/girlfriend

Errr..benda ni sedikit sebanyak ada betolnyaa jugak.. Kadang-kadang bila someone dah hanyut dengan hubungan cinta yang penuh dengan bunga-bunga di kebun hati maka dunia dirasakan seolah hanya mereka berdua sehingga terlupa pada tanggungjawab sosial... gituuu...! Nak cakap benda ni bukan untuk semua, bukan k, tapi sikit2 still ada jugak yg mcmni. Kadang2 sebab kita nak keluaq dating kita secara tak sengaja sakitkan hati kawan kita sebab harini kita tak makan dengan kawan sbb nak makan dgn bf/gf.. Kalau dah asyik hari2 dok dating maka hubungan dgn kawan pun semakin jauh...maka boleh membawa kepada putusnya persahabatan tersebut... Y'alls jangan mcmni tawww

7. Batu api!!

Oh no!! Y'alls please avoid this kind of people yang menjadi batu api yang nak mencuba putuskan hubungan kawan kita tuu.. so sad orang yang mcmni. Apa yang dia nak sebenaqnya dalam hidup ni kalau hidup dia hanya nak menjahanamkan persahabatan orang lain (amboii kemain ayat mcm nak marah ja bunyi dia..) Tapi sungguh kalau hampa dekat dengan org cmni, yg dok rasa panas bepeluh menitik ja bila dekat dengan dia, please jauhkan diri hampa. K y'alls.. hampa bijak kan menilai orang... Jangan sampai dia dok batu api kita hingga kita hilang kawan dan xdapat bezakan mana satu kaca mana satu permata.. Ohh!!



* * *
Secara amnya, inilah sebab-sebab kenapa kita hilang kawan bila umur semakin tua ni... Harap-harap kawan-kawan semua take note benda ni k y'alls.. Takmaw laaa main putus-putus kawan mcm time sekolah rendah dulu.. "kami takmaw kawan dgn hampa sampai bila-bila..." Please jangan guna ayat ni lagi bila dah besaq, sangat tak sesuai y'alls... 
Terima kaseh kepada kawan-kawan Zulaikha yang kita berkawan sedari dalam perut hinggalah ke saat ini...
Sekian dari i'ollss... Harap berguna... Thankyouuu!

Kawan- bila kita boleh gila bersama

sumber : klik di sini


6 comments:

anymmous said...

update lah banyak banyak lawak nak mati!!!! anim paling suka yang ada bf/gf pastu dia tak makan dengan kita tu betoiiiiiiiiiiiiiiii

miss zulaikha said...

hahaha thankyouu darla.. akan update lg kalau ad yg menarik :D
semua tu cakap dr pengalaman jaa hihi

Nurhanis Zamshah said...

haha. fact!

Anonymous said...

kadang-kadang kita tak sedar kita nak rapatkan hbngan dengan orang tu, tapii ada orang yang terdekat dengan dia terasa ditinggalkan. hmmmmmm

miss zulaikha said...

kenapaaa ?? mengapaa..

Karen said...

Sbb kawan baru dia sanggup tinggalkan kita...sampai hati dia buat kita macam tu..bila dia susah dia cari kita..begitulah manusia..bsabar je lahh...